Terkadang hati tertanya-tanya..

Terkadang hati tertanya. Kenapa harus begini? Kenapa harus begitu? Seolah-olah diri ini lupa tentang kehidupan ini adalah satu ujian. Nikmat dan musibah keduanya adalah ujian. Cuma bentuknya sahaja yang berbeza.

Kita tidak harus terlalu memikirkan tentang kenapa. Hanya perlu lalui apa yang terjadi dengan senyuman. Ya, bercakap memang mudah. Tapi untuk melakukannya itu adalah payah dan sukar apabila hati tidak sanggup untuk menerimanya.

Dalam kehidupan hanya ada dua pilihan, oleh yang demikian pilihlah pilihan yang disukai oleh ALLAH dan bukan manusia. Sesungguhnya silap besarlah kita sekiranya memikirkan tentang apa kata manusia kerana kita ini sampai bila-bila takkan mampu untuk memuaskan hati manusia. Ada sahaja yang akan nampak tidak kena atau dalam bahasa lainnya janggal di mata manusia.

Kehidupan ini sememangnya meletihkan. Keletihan itu sebenarnya hanya untuk melatih kita untuk bersabar. Bersabarlah kerana kejayaan itu adalah milik orang yang sabar.



Image result for sabar




Comments