Posts

Tekad

Image
Biarlah apapun yang bakal terjadi. Sebetulnya aku sudah nekad. Nekad untuk mengakhirkan semua. Sejujurnya aku sudah terlalu penat untuk membahagiakan orang lain. Aku ingin mencari kebahagiaanku sendiri. Selama ini meskipun aku merasakan bahawa aku mengorbankan kepentingan diriku untuk melihat kebahagiaan orang lain, namun akhirnya aku tetap dilabelkan sebagai manusia yang mementingkan diri sendiri. Apa yang aku lakukan tiada nilai langsung di mata orang lain. Jujur, aku berasa sungguh sedih apabila memikirkan semua itu. Terpendam jauh di sudut hatiku… Kesedihan yang mencengkam apabila mengharapkan manusia lain untuk menghargai apa yang aku lakukan. Sekarang aku sudah tekad. Tekad untuk mencari kebahagiaan diriku sendiri dengan berpaksikan suruhan Ilahi. Hanya Dia yang sentiasa bersama diriku ketika senang mahupun sukar.

Terkadang hati tertanya-tanya..

Image
Terkadang hati tertanya . Kenapa harus begini? Kenapa harus begitu? Seolah-olah diri ini lupa tentang kehidupan ini adalah satu ujian. Nikmat dan musibah keduanya adalah ujian. Cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Kita tidak harus terlalu memikirkan tentang kenapa. Hanya perlu lalui apa yang terjadi dengan senyuman. Ya, bercakap memang mudah. Tapi untuk melakukannya itu adalah payah dan sukar apabila hati tidak sanggup untuk menerimanya. Dalam kehidupan hanya ada dua pilihan, oleh yang demikian pilihlah pilihan yang disukai oleh ALLAH dan bukan manusia. Sesungguhnya silap besarlah kita sekiranya memikirkan tentang apa kata manusia kerana kita ini sampai bila-bila takkan mampu untuk memuaskan hati manusia. Ada sahaja yang akan nampak tidak kena atau dalam bahasa lainnya janggal di mata manusia. Kehidupan ini sememangnya meletihkan. Keletihan itu sebenarnya hanya untuk melatih kita untuk bersabar. Bersabarlah kerana kejayaan itu adalah milik orang yang sabar. ...