Tekad
Selama
ini meskipun aku merasakan bahawa aku mengorbankan kepentingan diriku untuk
melihat kebahagiaan orang lain, namun akhirnya aku tetap dilabelkan sebagai
manusia yang mementingkan diri sendiri. Apa yang aku lakukan tiada nilai
langsung di mata orang lain. Jujur, aku berasa sungguh sedih apabila memikirkan
semua itu.
Terpendam
jauh di sudut hatiku…
Kesedihan
yang mencengkam apabila mengharapkan manusia lain untuk menghargai apa yang aku
lakukan.
Sekarang
aku sudah tekad. Tekad untuk mencari kebahagiaan diriku sendiri dengan
berpaksikan suruhan Ilahi. Hanya Dia yang sentiasa bersama diriku ketika senang
mahupun sukar.
Comments
Post a Comment